Tuesday, 14 March 2017

MY VILLAGE



Hai and Assalamualaikum semua...Today I will write my blog in Malay language....Hehehhe....I hope everyone can understand it...
The first is, I want to story about my village.

Kampung saya ada banyak tempat yang saaangaatttt menarikk...Ianya juga dijadikan sebagai tempat pelancongan oleh agensi pelancongan Malaysia...


Pelancongnya bukan terdiri daripada penduduk setempat sahaja tau..tetapi merangkumi luar dan dalam negara..
Sebelum saya bercerita lebih lanjut mengenai kampung Merapoh...Jom kita menerokai SEJARAH KAMPUNG MERAPOH..













Kampung Merapoh yang telah dibuka sekitar tahun 1929, merupakan “gate-way” ke negeri Kelantan melalui Jalan Lipis-Gua Musang.Ada beberapa versi bagaimana kampung ini mendapat nama. Versi pertama, seperti yang disebut oleh Haji Aziz bin Aki Mohamad, bahawa nama “Merapoh” dihubungkan dengan kewujudan sepohon pokok “rapoh” yang ditemui oleh sekumpulan orang Asli ketika mereka mencari rezeki di hutan-belantara. Versi kedua, nama “Merapoh” berdasarkan kisah kehidupan penduduk orang Asli yang terdedah kepada ancaman binatang buas.Ada di antara mereka yang telah menjadi mangsa harimau. Apabila ditanya bagaimana harimau membaham mereka, lalu mereka menjawab, “rapoh sungguh binatang tu membaham kami”. Manakala, versi ketiga, asal nama “Merapoh” ini dikatakan berdasarkan keadaan kawasan ini yang dipenuhi “repoh” (kayu kecil).

Seperti juga tempat-tempat lain di Ulu Pahang, sebelum Merapoh menjadi sebuah perkampungan tradisional Melayu, kawasan tersebut telah didiami oleh orang Asli. Sejak 11,000 tahun yang lalu, sekumpulan manusia primitif dari daratan Asia yang disebut “orang Mesolitik”, yakni orang Asli yang kini dikenali sebagai etnik “Negrito” dan “Senoi” sudah pun mendiami Ulu Pahang.Namun begitu, penghijrahan orang Melayu terawal di Ulu Pahang hanya berlaku kira-kira 2,000 tahun yang lalu, apabila “orang Melayu-Pesisir” atau disebut juga “Melayu-Jati” (Deutro-Malay) mula membuat petempatan di tebing-tebing Sungai Jelai, dan Sungai Lipis sehingga ke kemuncaknya, termasuk anak-anak sungai,dan sebahagian mereka lagi telah membuat kediaman di daratan.

Penemuan awal kawasan repoh ini dikatakan berpunca daripada kisah Dato’ Panglima Sam dari Kampung Dusun, Kecau (Lipis) yang suka berburu di hutan sehingga melewati kawasan yang akhirnya diberi nama “Merapoh”. Kesesuaian kawasan dan kesuburan tanah ini menyebabkan beberapa orang penduduk Kecau seperti Haji Mat Piah, Haji Mat Samad, Aki Long, Aki Amin dan Aki Mohamad berminat untuk meneroka kawasan tersebut. Penghijrahan awal ini kemudian disusuli pula oleh sekumpulan keluarga keturunan Minangkabau dari Kampung Telang seperti Pawang Akub, Awang Bakri, Tok Mat Ayat, Tok Pawang De, dan Tok Minangkabau. Keturunan orang-orang Minangkabau ini, kemungkinan besar mereka merupakan titisan warisan kumpulan orang-orang Minangkabau (Sumatera) yang memasuki Jelai (Ulu Pahang) serentak dengan zaman pembukaan Jelai oleh nenek moyang Seri Maharaja Perba pada abad ke-16M, yakni pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah (Sultan Pahang VI, 1530-1545 - zuriat langsung Raja Melaka).


Sumber Rujukan :


http://psmkawasanlipis.blogspot.my/2013/09/sejarah-pembukaan-kampung-merapoh.html



HAAA ....Mesti korang dah tahukan serba sedikit mengenai kampung Merapoh kannnn...

Okey...kemudian saya akan menceritakan pulak apa yang ada di kampung Merapoh.

Di kampung Merapoh ada pelbagai tempat menarik dan tarikan utamanya adalah Gunung Tahan.








Gunung Tahan dengan ketinggian (2187 meter) , merupakan puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia, Gunung Tahan terletak di Taman Negara dalam negeri Pahang. Gunung Tahan bagaimanapun adalah rendah daripada Gunung Kinabalu yang merupakan gunung tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara.
Gunung ini menjadi titik sempadan negeri Pahang dengan negeri Kelantan.


So, dengan itu saya menyediakan satu video mengenai Gunung Tahan ini..Selamat Menonton yer semuaaa..



                                    






5 comments: